Tuesday 19 February 2013

Itulah Cahaya

in the name of Allah the Entirely Merciful , the Especially Merciful ...
all praises is due to Allah , Lord of the worlds ...
the Entirely Merciful , the Especially Merciful ...
sovereign of the day of Recompense ...
it is You we worship and You we ask for help ...
guide us to the straight path ...
the path of those upon whom You have bestowed favor , not of those who have evoked Your anger of those who are astray ....

dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang ...
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam ...
yang Maha Pengasih Maha Penyayang ...
pemilik hari pembalasan ...
hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan ...
tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus ...
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadaNya , bukan jalan mereka yang sesat ...

surah al-fatihah : 1-7


dan itu lah cahaya .
kalimah-kalimah yang membawa 1001 maksud tersirat dan tersurat . yang dipenuhi dengan makna dan cahayanya tersendiri . terpegun seketika tatkala mengkaji semula setiap ayat-ayat yang terkandung dalam surah ni . langsung mutiara jernih jatuh ke pipi tatkala membaca , memahami dan menghayatinya . adakah aku masih kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang masih bersekolah di tadika pasti al-ummah yang masih baru nak belajar surah al-fatihah ??? ya Allah..betapa jahilnya aku dengan ilmuMu . surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas surah al-muddathir yang mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah . dinamakan al-fatihah iaitu pembukaan kerana dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-quran . surah yang mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh intipati al-quran iaitu keimanan , hukum-hukum,kisah-kisah dan penutup . Allah seolah memberi petunjuk pertama di ayat pertama dalam surah dan apabila diperhatikan kembali fenomena al-fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali , akan bertemu dengan 7 rahsia lainnya..subhanaAllah ... dibahagian akhir surah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberikan petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus sedang surah al-baqarah dimulai dengan petunjuk al-kitab al-quran  yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu . masyaAllah . begitu sempurna ....






Monday 31 December 2012

Goodbye 2012 and Welcome 2013 !

In the name of Allah  the most gracious the most merciful ...

here we go !

esok dah bertukar tarikh dari x.x.2012 to x.x.2013...kalau ada kena tulis tarikh kat mana-mana form , korang sure tersilap kan ? hewhew . biasa lah tu ... by the way just wanna to wish you guys ...



and goodbye ...







semoga dipermudahkan segala urusan kita pada tahun 2013 dan tahun-tahun mendatang ... ok .. wassalam ~

Saturday 29 December 2012

Final is COMING !!

                           juz wanna to wish u guys ...






yeahhhhh . now its time for...




we can do it ! gambate kudasai !




Saturday 24 November 2012

Bubur asyura :)

Salam hari asyura :) 

hari ni 10 muharam kan, so today is 'asyura day n kita sunat berpuasa . seperti yang kita tau kan yang hari 'asyura ni merupakan hari yang telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama coz hari ni jugalah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka dan hari ni jugalah diterimanya taubat Nabi Adam a.s. bukan tu jer diciptanya nabi Adam dan dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga juga pada 10 muharam . sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada hari 10 muharam ni, tak caya try search. oleh sebab tu, kita disunatkan berpuasa pada 10 muharam.

hari ni jugalah selalu kita akan jumpa bubur asyura terutama di masjid-masjid kan ? biasanya lain negeri lain resepinya n aku sendiri masa kat ump ni pun mula-mula dulu nampak bubur asyura kat sini pelik semacam jer sebab kalau aku kat johor bubur asyura tu macam bubur lambuk tp kalau kat sini dia macam warna hitam2 yang nak macam kuih sikit n pekat..sorylah aku ni mudah jakun.. heeee . nak tengok macam mana bubur asyura kat sini..ni haaaa..macam ni laaaaaaaa..baru balik dari masjid petang tadi. tapi apakan daya dah habess..kempunan aku dapat tengok jer yang orang lain punya -_-..its okey ..huhu




actually tak kesah pun rasa apa apa , sebab bubur  ni adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram . tu jer. hehe .

sejarah bubur ini sebenarnya untuk memperingati hari Nabi Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu..nak suruh aku ceritakan ke? ok yang ni ayat copy paste dari sumber google..

{ Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab“Ada ya Nabi”. Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.:“Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada }

 .

berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’.Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


ok sempena hari asyura ni jugalah marilah sama-sama kita menadah tangan membaca doa hari asyura :)


bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih...amiiin..

Sunday 22 July 2012

angin malam


saat kamu sedang bersedih dengan tingkah lakunya yang keliru,

Allah hadirkan seorang insan sebagai petunjuk jalanmu ke arah yang pasti,

untuk kamu menilai antara yang baik dan buruk di sebaliknya....

ingatlah Allah beri apa yang kamu perlu bukan apa yang kamu mahu,

kamu amat berharga bukan untuk dipersia..

Wednesday 23 May 2012

Flower Child




kenapalah kita ni memang tak pernah rasa nak bersyukur kan ?? hehehe..awal entri jer dah rasa macam nak ceramah...maaf..maaf..maaf..masa time kecik-kecik dulu teringat plak yg kita suka main mak-mak , main kawen-kawen , main galah panjang dan sekutu dengannya...tapi bila dah besar ni tetiba plak rindu zaman-zaman hingusan dulu..kalau dulu time darjah satu dua kena duk hafal sifir 2 sampai sifir 6 masa sebelom masuk kelas...punyalah susah..sekarang lagilah bertambah-tambah susah dengan cabaran dan dugaan yang makin mencabarrrr,,,



kalau masa kecik dulu asyik fikir nak tidur , makan , nangis , nyusu , main , tidur balik dan seterusnya...kalau time sekolah rendah asyik nak fikir nak dapat markah 100 jer dalam semua subjek dan kalau time sekolah menengah paling best laaaaa...mula lah ada "puppy love" hahaha..alamak ! kantoiiii sudaaaa..ok..potong ayat tu....
itulah namanya warna-warni kehidupan..colourful sangat kan?? pastu teringat time raya , pakat-pakat lawan duit raya sape paling banyak..soalan yang selalu kena tanya dgn kawan2 "duit raya kau dapat berapa??" kalau geng-geng perempuan lawan kasut raya siapa paling cantik?lawak ohhh bila teringat balik..sekarang raya pun dah takde dah mcm ni..tengok budak2 sekarang pun dh tak heran dah dengan kasut2 raya ni..hihi
penuh dengan bunga warna-warni yang menjadi penyeri  in our life....huarghhhhhhh...kenapalah tetiba rasa mcm nak patah balik ni...mybe rindu zaman warna-warni kanak-kanak dulu yg sentiasa berstatus "flower child"..hahaha..tapi rasa sekarang ni pon mcm still sama jer...seseorang yang masih lagi berperwatakan "kebudak-budakan" ... hoho...its okey..masih lagi banyak haluan yang harus dituju bagi mematangkan diri ni... belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?? ok..dah habes bebel..arigatou gozaimasu !!