Saturday 24 November 2012

Bubur asyura :)

Salam hari asyura :) 

hari ni 10 muharam kan, so today is 'asyura day n kita sunat berpuasa . seperti yang kita tau kan yang hari 'asyura ni merupakan hari yang telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama coz hari ni jugalah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka dan hari ni jugalah diterimanya taubat Nabi Adam a.s. bukan tu jer diciptanya nabi Adam dan dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga juga pada 10 muharam . sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada hari 10 muharam ni, tak caya try search. oleh sebab tu, kita disunatkan berpuasa pada 10 muharam.

hari ni jugalah selalu kita akan jumpa bubur asyura terutama di masjid-masjid kan ? biasanya lain negeri lain resepinya n aku sendiri masa kat ump ni pun mula-mula dulu nampak bubur asyura kat sini pelik semacam jer sebab kalau aku kat johor bubur asyura tu macam bubur lambuk tp kalau kat sini dia macam warna hitam2 yang nak macam kuih sikit n pekat..sorylah aku ni mudah jakun.. heeee . nak tengok macam mana bubur asyura kat sini..ni haaaa..macam ni laaaaaaaa..baru balik dari masjid petang tadi. tapi apakan daya dah habess..kempunan aku dapat tengok jer yang orang lain punya -_-..its okey ..huhu




actually tak kesah pun rasa apa apa , sebab bubur  ni adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram . tu jer. hehe .

sejarah bubur ini sebenarnya untuk memperingati hari Nabi Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu..nak suruh aku ceritakan ke? ok yang ni ayat copy paste dari sumber google..

{ Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab“Ada ya Nabi”. Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.:“Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada }

 .

berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’.Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


ok sempena hari asyura ni jugalah marilah sama-sama kita menadah tangan membaca doa hari asyura :)


bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih...amiiin..