Sunday 13 May 2012

Jangan Bersedih




"Barangsiapa yang oleh Allah dikehendaki menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya." (Al Hadits) Kerana itu, jangan pernah berasa gundah dan bersedih disebabkan suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah terbakar.
Bagaimanapun, sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menentukan segala sesuatunya dan takdir telah bicara. Kita tetap berusaha, tetapi hak untuk menentukan tetap mutlak milik Allah.


Pahala telah tercapai, dan dosa sudah terhapus. Maka, berbahagialah orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.


-Sumber: La Tahzan! (Aidh Al-Qarni)

No comments:

Post a Comment